Pengajian

Darul Huffaz merancang untuk mewujudkan satu sistem pengajian secara lengkap yang berteraskan kepada pembelajaran Al-Quran dan Hadis yang sistematik bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi.
Sistem pengajian di Darul Huffaz ini lebih menekankan kepada konsep penghafalan Al-Quran, kerana pada masa kini kami tidak akan mencampuri dengan subjek-subjek lain dari segi hafazan pelajarnya.
Pada tahap pembelajaran yang berikutnya, para pelajar yang telah mahir dengan Al-Quran akan didedahkan kepada pengajian Ulum Al-Syariah yang meliputi semua cabang ilmu-ilmu Islam seperti:-
  • Pengajian Tafsir Al-Quran dan Ulumnya;
  • Pengajian Hadis dan Ulumnya;
  • Pengajian Al-Fiqh dan Usulluddin;
  • Pengajian Sirah An-Nabawiyyah dan Sirah Islam.
Sistem dan cara pengajian di Darul Huffaz lebih menitik beratkan kepada teknik 'Talaqqi', 'Musyafahah', dan 'Taffaquh' iaitu menadah kitab dan menghadap guru.
Di antara modul pengajian yang terdapat di Darul Huffaz ialah:-
Pengajian Tempoh Umur
1) Tahsin / Talaqqi  1 Tahun 11 - 12 Tahun
2) Pra Tahfiz 6 Bulan 12 - 14 Tahun
3) Tahfiz 3 Tahun 12 - 17 Tahun
4) Pakar Tahfiz 1 Tahun (selepas tamat hafalan)

SUMBANGAN DERMA