Latar Belakang


Darul Huffaz telah ditubuhkan pada 10hb Mac, 2007 yang pada mulanya beroperasi di  sebuah rumah di Lot 7493F, Batu 13 Jalan Klang, 47100 Puchong, Selangor, tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah mengenai kewakafan tanah, Darul Huffaz terpaksa berpindah sementara di Taman Berlian, Gombak, Selangor dan sekarang Darul Huffaz telah berpindah ke Ulu Beranang

Darul Huffaz merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) pada 13hb. November, 2009 dengan nombor pendaftaran 2009-009-082(SEL/PT)

Pada awalnya, sistem pengajian di Darul Huffaz lebih menekankan kepada konsep penghafalan Al-Quran sahaja. Sistem dan cara pengajian di Darul Huffaz lebih menitik beratkan kepada teknik ‘Talaqqi’, ‘Musyafahah’, dan ‘Taffaquh’ iaitu menadah kitab dan menghadap guru

Pelajar di Darul Huffaz bertambah dari setahun ke setahun dan kini telah menempatkan seramai hampir 30 pelajar, yang mana pada mulanya hanya 10 orang pelajar.

Pelajar-pelajar di Darul Huffaz terdiri dari pelbagai latarbelakang, terutamanya anak-anak yatim, yatim piatu, keluarga miskin dan kurang berkemampuan, ibu tunggal, dan lain-lain.

Disebabkan permintaan untuk belajar menghafaz Al-Quran di Maahad Tahfiz ini bertambah dari semasa ke semasa, kini pihak Darul Huffaz bercadang untuk membina bagunan Maahad yang lebih besar dengan prasarana yang lebih kondusif bagi para pelajarnya.

SUMBANGAN DERMA

Loading...