Pendahuluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua,

Segala puji hanya bagi Allah S.W.T., Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha luas ilmu pengetahuannya, yang dengan nikmatnyalah sempurna segala kebaikan dan keberkatan . Selawat dan Salam semuga dilimpahkan Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
 
Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan pertolongan Allah yeng telah memberi taufik dan hidayat serta dengan keizinannya, sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran dapat dibangunkan bagi menyambung warisan penghafaz-penghafaz Al-Quran.
 
Semenjak tahun 2007 sehingga kini, DARUL HUFFAZ telah menempatkan seramai hampir 30 orang pelajar yang datangnya dari pelbagai latarbelakang, seperti anak yatim, anak yatim piatu, anak ibu tunggal, anak orang miskan, dan lain-lain. Sumber kewangan DARUL HUFFAZ adalah sumbangan derma pelbagai pihak dan juga sumbangan hasil usaha perniagaan kecil yang dijalankan oleh kakitangan DARUL HUFFAZ untuk memastikan hasrat masyarakat dan impian kami untuk melahirkan genarasi Huffaz yang cemerlang tercapai.
 
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik setiap individu dan syarikat untuk bersama-sama dalam membangunkan Syiar Islam dengan menderma atas tujuan menyediakan kemudahan dan pengurusan bagi melahirkan huffaz-huffaz yang professional.

Semuga atas usaha yang mulia ini, kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T sentiasa di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...

Al Fadhil Ustaz Aminurrasid Al Hafiz
Pengetua Darul Huffaz

SUMBANGAN DERMA